Wednesday, July 2, 2008

Dokumen Perjalanan

Sabah adalah sebuah negeri tropika yang terletak di garisan khatulistiwa. Ia bersuhu di antara 21 darjah Fahrenheit di kawasan tanah tinggi, bersuhu pada 32 darjah di kawasan rendah.


Pelancong dari Semenanjung Malaysia yang mahu melawat Sabah diingatkan untuk membawa kad pengenalan bagi yang berumur 12 tahun ke atas. Bagi kanak-kanak di bawah 12 tahun, jangan lupa bawa kad 'MyKid' ataupun surat beranak asal.



Dokumen ini perlu diserahkan kepada Imigresen semasa di lapangan terbang - semasa membuat 'check-in' di KLIA atau di LCCT dan ketika tiba di Kota Kinabalu nanti. Selepas itu pihak Imigresen akan menyerahkan semula semua dokumen ini kepada anda serta dengan sekeping dokumen yang mengesahkan akan tempoh anda akan berada di Sabah. Semasa pulang nanti, dokumen pengesahan itu perlu dipulangkan semula kepada pihak Imigresen.


Bagi bukan rakyat Malaysia, mereka perlu mempunyai pasport yang masih sah dan visa jika perlu.


Pas Sosial atau Pas Lawatan untuk Pelancong tidak mengizinkan anda bekerja, berniaga atau bekerja sebagai seorang profesional di Sabah dan mana-mana negeri di Malaysia.


Pass Lawatan Perniagaan mengizinkan pelawat asing measuk ke negara ini untuk rundingan perniagaan atau memeriksa premis perniagaan.


Pemegang pas-pas ini tidak boleh digunakan untuk diambil bekerja atau melakukan kerja-kerja pembinaan kilang.


Yuran tidak dikenakan untuk Pas Lawatan Perniagaan yang dikeluarkan untuk tempoh sehingga tiga bulan. Selepas tempoh tiga bulan ini taman, bayaran sebanyak RM5 dikenakan.

No comments: